CERIAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN

Rabu, 28 Februari 2018

SOALAN FEQAH
Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT." Abu Isa berkata : "Hadith ini hassan gharib." (Hadith riwayat at-TIrmizi, No. Hadith : 1669)

Matan hadith :
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.
قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.
سنن الترمذي , كتاب فضائل الجهاد عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في فضل المرابط ، حديث رقم : 1669[
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala.
  2. Antara amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan. Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dan keduanya adalah titisan darah yang ditumpahkan demi berjuang untuk jalan Allah SWT.
  3. Dua kesan yang pertamanya adalah kesan luka berjuang untuk jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.
 
Sumber rujukan :
 
1- Kitab Jami' at-Tarmizi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
Daripada ‘Aisyah RA, berkata: Nabi SAW menyukai melakukan sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut, bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.Hadith : 168).

Matan hadith :
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ، فِي تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ.
]صحيح البخاري , كتاب الوضوء , باب التيمن في الوضوء والغسل , حديث رقم [168
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Rasulullah SAW memiliki keperibadian unggul yang menjadi contoh teladan dan pedoman kepada umat Baginda dalam setiap amalan sama ada yang melibatkan ibadah  mahupun amalan harian
  2. Keutamaan mendahulukan sebelah kanan dalam setiap perbuatan menjadi amalan yang sangat disukai oleh Nabi SAW terutama dalam amalan yang melibatkan ibadah seperti tertib wudhu’, mandi dan lain-lain. Ia juga disunatkan dalam perkara yang melibatkan kemuliaan dan keelokan seperti adab makan, minum, berpakaian, menaiki kenderaan, memakai sandal, menyisir rambut, bersuci, memasuki masjid dan lain-lain.
  3. Manakala dalam melakukan amalan yang berlawanan dengannya seperti yang melibatkan sesuatu yang tidak elok seperti memasuki tandas, keluar daripada masjid dan sebagainya, maka hendaklah mendahulukan sebelah kiri. Itulah petunjuk sunnah Nabi SAW yang mendahulukan sebelah kanan kerana yang kanan itu lebih mulia daripada yang kiri.
 
Sumber rujukan :
1-    Sahih al-Bukhari
2-    Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Lil Ibn Hajar al- Asqolani
3-   Kitab Riyaadus Solihin Lil an-Nawawi
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung." 
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2840).


Matan hadith :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ.
] صحيح مسلم  , كتاب الجنة وصفة نعيمها وأهلها , باب يدخل الجنة أقوام أفئدتهم مثل أفئدة الطيرحديث رقم 2840[
Pengajaran Hadith :
  1. Setiap orang Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah SWT sebagaimana sifat seekor burung walaupun tidak diberikan akal tetapi ia tidak duduk diam sahaja disarangnya. Ia akan keluar untuk mencari rezeki dan pulang dengan perut yang penuh dengan makanan kerana yang memberi rezeki adalah Allah SWT.
  2. Sifat tawakal akan terhasil apabila adanya sifat khauf (takut) hanya kepada Allah SWT yang disertai keyakinan yang jitu dalam setiap waktu dan keadaan kerana hakikat sebenar tawakal adalah dengan mengambil sebab-sebab dan usaha demi mencari rezeki.
  3. Seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab tawakalnya yang penuh dengan sifat keimanan dan khauf (takut) kepada Allah SWT.
 
Sumber rujukan :
1- Kitab Sahih Muslim
2- Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi.
3- Kitab Nuzhatul Muttaqqin Syarh Riyadus Salihin.
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: "Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya)." Berkata Abu ‘Isa : Hadith ini hassan, sebagaimana riwayat at-Tirmizi, No. Hadith : 2459)

Matan hadith :
عَنْأَبِيْ يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ .قَالَ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ
]سنن الترمذي, كتاب صفة القيامة والرقائق والورع عن رسول الله صلى الله عليه وسلمباب منه  , رقم حديث 2459]
Pengajaran Hadith :


  1. Setiap orang yang beriman akan digelar seorang yang cerdik atau benar-benar berakal apabila sentiasa bermuhasabah dan menghitung dirinya. Atau dengan erti kata lain, orang yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya selepas kematian, lalu dia beramal dengan sesuatu yang boleh memberi faedah kepadanya selepas kematiannya dengan menggunakan kesempatan yang ada dengan melakukan amalan yang bermanfaat tanpa mensia-siakannya.
  2. Ingatlah pesanan Saidina ‘Umar bin al-Khattab RA : “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan dan persiapkanlah diri kamu untuk hari perhitungan yang besar di hadapan Allah SWT Yang Maha Agung kerana perhitungan seseorang kamu akan menjadi ringan di akhirat nanti bagi seseorang yang sentiasa menghisab dirinya ketika di dunia.
  3. Manakala seseorang itu dianggap seorang yang lemah keimanannya apabila sentiasa mengikuti hawa nafsu dan hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata serta melakukan dosa-dosa tanpa menghiraukan hari pembalasannya kelak.
  4. Mereka berangan-angan kepada Allah SWT dengan andaian Allah SWT akan memasukkannya ke syurga dan akan mengampuni dosa-dosanya yang suka menangguh-nangguhkan istighfar dan taubat kepada Allah SWT.
Sumber rujukan : 
1. Kitab Jami’e at-Tirmizi
2. Kitab Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’e at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi

Selasa, 27 Februari 2018

KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR

Mengajar boleh dijelaskan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukn olehmurid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang spesifik atau kurang di kalangan murid serta menyediakanstrategi tersebut untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan.
 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
   1. SUMBANGSARAN
 Sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang dikendalikan secara kumpulan. Tujuan sumbangsaran menjana idea tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian,penilaian, perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakanidea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu.Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 orang ahli. Seterusnya murid-murid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelummembuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan.Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-ahli kumpulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid. Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid.Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana iaadalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa. 
2. BERCERITA
Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuaidengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperananuntuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahana-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru bertanyakan soalan tentang mora sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah
a)Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyidan penggunaan ayat-ayat yang mudah.
 b)Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.
Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknikbercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang paling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guruselepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran danpembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi penting dalam cerita.Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan.Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita :a)Sebelum bercerita persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk ditempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guruialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu  bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuaian dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakansoalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan.
      3.PERBINCANGAN
pemudah cara dan membimbing murid sepanjang sesi perbincangan.Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka.Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya urid-murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku muridagar mereka tidak menyeleweng atau bermain-main dala satu sei perbincangan.Pada akhir satu sesi perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian masalah dalam perbincangan.
·         4. DEMONSTRASI
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru dihadapan kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.Kuliah memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untukmemeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasiv dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.Demonstrasi boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secarateliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi.
Kemahiran pemudah caraan merangkumi beberapa aspek berikut :
a)Challenging :Menguji kemampuan atau ketabahan seseorang
 b)Attending :Memberi perhatian kepada seseorang dalam satu satuperbincangan
c)Disclosing :Memperlihatkan atau mendedahkan sesuatu perkara
d)Cognitive structuring : Satu kaedah membina kefahamanmenggunakan pengetahuan sedia ada yang digabung dengan fakta dari sumber yang baru untuk membentuk suatu kefahaman yang baru yang lebih bermakna dan memuaskan.
e)Feedback : Teknik pemudahcara berdasarkan kepada pendapat dan penerimaan setiap penerangan. Ia melibatkan perbincangan secara dua hala
f)Focussing : Proses penumpuan dalaman mengenai kesedaran kendiri dan pemulihan emosi.
g)Goal-setting : Menetapkan objektif ke arah P & P yang lebih rasional.
h)Instructing :Pengajaran berdasarkan guru sebagai penyampai maklumat dan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dan terperinci tentang sesuatu topik
i)Modelling:Satu proses demonstrasi bagi menggambarkan sesuatu dengan berkesan, menarik minat murid mengikuti proses P & Pdengan lebih terancang
 j)Trailing (menjejak) : Mengesan masalah pelajar dan memudahcara penyampaian
k) Questioning : Membantu dan melatih pelajar berfikir secaramendalam dan meluas
l)Reflecting (renungan):Mencermin, menggambar, membayang,berfikir dalam-dalam atau sebagai pantulan sesuatu perkara yang telah diperkatakan.
 m) Thematising : Suatu perbincangan yang menumpukan kepada tema atau tajuk yang telah ditetapkan.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik penyelesaian masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami masalah, menentukan cara-cara penyelesaian masalah,mencuba cara-cara penyelesaian yang baru dan merumus serta menilai penyelesaian. Dalam kaedah ini.kemahiran berfikir murid digalakkan kerana murid-murid perlu memikirkan cara-cara penyelesaian tanpa bantuan guru. Murid-murid akan memikirkan cara-vara mengumpul maklumat yang dapat menolong menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah merumus dan menilai penyelesaian,murid akan melihat kembali proses penyelesaian dan menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau tidak.Kelebihan proses penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru dalam proses penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran, perbincangan dan simulasi. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif.Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untukmemperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka.Kelemahan kaedah penyelesaian masalah ialah ia memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaedah ini juga tidak begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai